Khamis, 28 Mei 2009

selamat berkursus......

Entry kali ni ditujukan khas buat semua followers aku yang disayangi......


Aku akan menghilangkan diri selama dua hari(jgn merindui ku.hahahahaha)bermula pada 29hb MEI-30hb MEI kerana mengikuti KURSUS PEMBANGUNAN ENTERPRAIS BELIA bertempat di UITM DUNGUN.....

Balik dari kursus nanti aku akan postingkan ntry pasal kursus tu wokey....



Akhir skali aku nak tinggalkan award untuk semua followers aku.......award ni from AQILA...maybe dia ni akak kot so TQ SIS AQILA.......

Khamis, 21 Mei 2009

PERINGATAN.......

Pesanan Imam Al-Ghazali tentang wanita...

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam ini,iaitu jangan yang ANANAH,yang MANANAH,dan yang HANANAH,yang HADAQAH,yang BARAQAH dan yang SYADAQAH"



1.ANANAH;
-Banyak mengeluh,mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat2 sakit.
2.MANANAH;
-Suka membangkit2terhadap suami.
3.HANANAH;
-Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain,yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
4.HADAQAH;
-Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu,lalu menyatakan keinginannya untuk memilikki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
5.BARAQAH;
-Ada 2 makna,pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias wajahnya,kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.SYADAQAH;
-Banyak cakap yang tidak menentu dan bising.


(p/s:dipetik dari mingguan wanita edisi MEI)

hepy bezday to you kak reen........


Hari ni aku nak buat ntry khas untuk kakak kesayanganku iaitu "KAK REEN THE DIVA"....cewah.........
Usia beliau telah menjangkau 29tahun,tapi kelihatan seperti 41tahun..hahahahaha

HEPY BEZDAY SIS.....MOGA PANJANG UMUR N MURAH REZEKI........

Isnin, 18 Mei 2009

OPOCOT...heheehehe

Aku main hentam je tajuk ni...hikhikhik




Rasa bertuah plak diri ni bila mendapat award dari salah seorang novelist pebret aku iaitu kak meen zulaikha....mmg agak terkejut gak mula2 tu...tapi ape2 pun thank you kak meen lain kali bglah lagi...hehehehehe
Kak meen gak ada bg sedikit kerja kat aku,dia suh aku buat posting pasal award ni n bg award ni kat 10 org yang terpilih......
setelah ditilik n dikaji,aku telah membuat keputusan untuk share kan award ni kat??
1.kak reen
2.kak ayu
3.kak faizzah
4.kakyong
5.auntie idalara
6.princessfrogy
7.kak ziya(kata nama hati)
8.iznie
9.semua followers aku
10.last skali untuk semua kaum yang sama waktu dgn nya.hahahaahahaha
sudi2 lah amik ye....




award ni lak dtg dari auntie idalara yang tersayang....mula2 agak terkejut gak..hehehehehe thank you auntie,jgn segan bg lg.......

Khamis, 14 Mei 2009

YAHUU...

ALHAMDULILLAH...Setelah hampir berbulan2 dan hampir setahun jugak aku melepak kat umah,akhirnya aku telah ditawarkan ke FORM6 di SEK.MEN.KEB.LANDAS(SMKL)dalam aliran kemanusiaan,jurusan ekonomi n geografi.....

Aku mula mendaftarkan diri pada 11hb MEI lalu dan telah berjaya mengikuti orientasi bagi pelajar2 PRA-UNIVERSITI(FORM6)selama 4ari......


Tapi malangnya sek baru ku itu terlalu jauh dari umah dan menyebabkan agak sukar untuk pergi kerana asrama di sek itu dalam proses baik pulih.....Beberapa org rakan telah menghasutku atau erti kata lain mengajakku bertukar di SEK.MEN.DURIAN MAS(SMKDM)kerana disana asrama disediakan..malangnya di DURIAN MAS terlalu didedahkan dgn pelbagai masalah sosial,dan aku ni seorang yang mudah sgt terhasut......
Kedua ibu bapa ku juga tidak membenarkan aku berpindah......



Dan aku telah ambil keputusan untuk kekal di sek ini,tapi masalah sekarang transpot xde...huhuhuhu seandainya aku ni diberi kuasa superhero,ingin skali aku terbang ke sek tu tanpa dikenakan sebarang minyak atau tanpa dikenakan sebarang bayaran tol..hahaha dah melalut ni......


Sepanjang aku bergelar penjaga rumah,aku telah ditemani oleh dua orang sahabat atau erti kata lain cam kakakku sendiri iaitu kak reen & kak ayu....diorang juga telah banyak memberi aku sokongan dan semangat kat aku walaupun tidak pernah berjumpa...THANX SIS.....


Okey aku dah xde masa ni,maklumlah bila berada di cc....hehehe
sebelum aku di usir dan lampu pun dah warna merah(cam ultraman r plak)...baik aku cau dulu..........to all followers,teruskan jenguk blog ni....adios...

Khamis, 7 Mei 2009

tawaran hebat.......

Bulan MEI telah tiba dan aku rasa cam nak meniaga award je.hehehehe macam lah xpernah bagi award......tapi award kali ni agak special skit coz korang leh amik mengikut kesesuaian dan xpayah bayar...ia khas buat teman2 sebagai penghargaan untuk korang yang sentiasa menjadi pengunjung setia di blog aku ni.......




Korang semua memang dah sedia maklumkan,pada 11hb MEI ini merupakan tarikh keramat buat semua ibu2 di seluruh dunia...so award pertama ni aku jualkan kat semua member2 bloggers yang bergelar ibu.....kalu anda rasa anda seorang ibu,,jgn lupa amik tau...kihkihkih...





Pada 16hb MEI lak memang dah ditetapkan merupakan hari yang paling bermakna untuk para2 guru di seluruh dunia.....setakat ni ada beberapa orang sahabat bloggers ni seorang guru so aku nak bagi award ni buat semua bloggers yang bergelar guru...





Pada 22hb MEI lak merupakan hari yang paling bersejarah buat salah seorang blogger yang paling rapat dgnku.....dan aku dah anggap dia cam kakak aku sendiri........award ni khas untuk dia n untuk semua insan yang sambut bezday bulan ni....






Last skali aku nak bagi jugak award untuk semua followers aku yang agak special...pada sesiapa yang xjemu2 lawat blog aku,jgn lupa amik tau....



jgn lupa amik tau,jualan penghabisan stok ni......hahahahahaha

Jumaat, 1 Mei 2009

berserah pada takdir......

Bulan MEI telah bermula dan satu berita yang tidak enak didengar telah menerjah di telingaku...(masih dalam mood sedih)....


Seawal jam 9.00pg aku telah menempatkan diriku di CYBER CAFE(bukan nama sebenar)di kawasan KG.JERANGAU untuk memeriksa keputusan untuk melanjutkan pelajaran di mana2 IPTA & IPTS yang telah dinyatakan akan keluar pada 1hb MEI 2009.....Dengan semangat yang berkobar2,aku terus membuka laman web(HTTP://UPU.MOHE.GOV.MY)...untuk membuka laman web ini sahaja mengambil masa selama satu jam kerana mungkin ada sedikit kesulitan yang tidak dapat di elakkan....


Setelah satu jam menunggu,akhirnya laman web tersebut dapat dibuka.......aku terus memilih untuk semak pemohonan.......

Tetapi PANAS KU SANGKA SAMPAI KE PETANG,RUPA2NYA HUJAN DI TENGAHARI,,dukacita dimaklumkan bahawa permohonan aku gagal......mula2 tu agak frusted jgk r,tapi bila difikirkan balik mungkin ada cabang lain yang aku boleh tuju...

Mungkin rezeki aku tiada untuk terus ke menara gading,tapi aku akan tetap ke sana walau apa pun dugaannya.......

Untuk masa ni aku hanya terus berserah pada ketentuan yang maha ESA kerana aku tahu ALLAH akan sentiasa ada untuk membantu hamba2nya........

cinta peralihan musim....